2 Disember 2015 - 02:45
Qaradhawi keluar fatwa sokong Erdogan hadapi sekatan ekonomi Russia

Qaradhawi keluar fatwa agar umat Islam membantu Turki yang sedang menghadapi sekatan ekonomi Russia setelah insiden penembakan jet pejuang Su-24 dan pemusnahan lori tangki yang mencuri minyak dari bumi Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ulama radikal, Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dalam satu pernyataan rasminya semalam menyeru umat Islam memberikan sokongan kepada Turki yang sedang dilanda sekatan ekonomi setelah menembak jatuh jet pejuang Russia Su-24.

Sementara itu, presiden Turki mengadakan lawatan ke Qatar, ibukota Doha semalam untuk membincangkan startegi baru menghadapi sekatan ekonomi Russia dengan sekutu rapatnya itu, lebih-lebih lagi Russia melancarkan serangan besar-besaran memusnahkan ratusan lori tangki minyak yang menyeludup minyak dari bumi Syria ke Turki.

CNN pula melaporkan, Qaradhawi menyeru negara-negara Arab bersatu untuk membantu Turki yang sedang dilanda masalah ekonomi tersebut sambil menyifatkan Erdogan telah menyumbangkan kebaikan untuk Islam, umatnya dan manusia secara keseluruhan.

Qaradhawi telah membentuk satu kesatuan yang disertai ulama-ulama di seluruh dunia dalam rangka membantu gerakan ekstremisme Islam dan melancarkan gerakan menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad.